Bung Moktar tanding DUN Lamag, Musa tidak dicalon

824

10 SEPT: UMNO Sabah mengumumkan senarai calon-calonnya yang akan bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) di 31 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hari ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Bung Radin dalam sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Pemimpin-pemimpin BN dan Perikatan Nasional (PN) Sabah di Kota Kinabalu.

Bung Moktar yang akan bertanding di kerusi DUN Lamag menyatakan, sebanyak 95 peratus muka baharu diketengahkan oleh UMNO manakala hanya dua muka lama sahaja iaitu beliau sendiri dan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak yang bakal bertanding di DUN Usukan.

Salleh Said Keruak
Calon BN DUN Usukan, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Beliau juga yakin semua calon tersebut mampu memenangi kerusi-kerusi DUN yang mereka tandingi.

Antara calon-calon berupaya menundukkan pihak lawan ialah bekas Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi (DUN Kemabong); bekas Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Jumat Idris (DUN Darau) dan Ketua UMNO Bahagian Sepanggar, Senator Datuk Yakubah Khan (DUN Karambunai).

Dua calon wanita turut diketengahkan iaitu Hazulizah Md Dani (DUN Sekong) dan Chaya Sulaiman (DUN Kukusan).

Walau bagaimanapun, nama bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang menyandang kerusi DUN Sungai Sibuga tiada dalam senarai.

Musa Aman
Nama Tan Sri Musa Aman tiada dalam senarai.

Senarai penuh calon-calon BN adalah seperti berikut:

  1. DUN Banggi – Akram Ismail
  2. DUN Bengkoka – Harun Durabi
  3. DUN Pitas – Sufian Abdul Karim
  4. DUN Tempasuk – Mohd Arsad Bistari
  5. DUN Usukan – Datuk Seri Salleh Said Keruak
  6. DUN Pantai Laut – Jasnih Daya
  7. DUN Karambunai – Datuk Yakubah Khan
  8. DUN Darau – Datuk Jumat Idris
  9. DUN Tanjung Aru – Mohd Reduan Aklee
  10. DUN Tanjung Keramat – Shahelmey Yahya
  11. DUN Pantai Manis – Mohd Tamin @ Tamin Zainal
  12. DUN Bongawan – Ag Lahap Ag Bakar @ Ag Syairin
  13. DUN Lumadan – Datuk Kamarlin Ombi
  14. DUN Sindumin – Sani Miasin
  15. DUN Kemabong – Datuk Raime Unggi
  16. DUN Telupid – Abdul Wahab Abdul Gani
  17. DUN Sugut – James Ratib
  18. DUN Gum Gum – Suhaimi Nasir
  19. DUN Sungai Manila – Mokran Ingkat
  20. DUN Sungai Sibuga – Mohamad Hamsan Awang Supian
  21. DUN Sekong – Hazulizah Md Dani
  22. DUN Kuamut – Juhari Janan
  23. DUN Lamag – Datuk Seri Bung Moktar Radin
  24. DUN Sukau – Datuk Jafry Ariffin
  25. DUN Tungku – Momen Anchai
  26. DUN Kunak – Halid Harun
  27. DUN Sulabayan – Abdul Manan Indanan
  28. DUN Balung – Hamid Awang
  29. DUN Kukusan – Chaya Sulaiman
  30. DUN Tanjung Batu – Andi Muhammad Surady Bandy
  31. DUN Paginatan – Junaidi Sahat. – Oleh HAIKA KHAZI
Raime Unggi
Calon BN DUN Kemabong, Datuk Raime Unggi.
Jumat Idris
Calon BN DUN Darau, Datuk Jumat Idris.
Yakubah Khan
Calon BN DUN Karambunai, Datuk Yakubah Khan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.