UAE, Israel meterai perjanjian 15 Sept

49

9 SEPT: Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan rejim Zionis Israel dijadualkan menandatangani perjanjian pemulihan hubungan kedua-dua negara di Rumah Putih, Washington pada 15 September ini.

Memetik laporan agensi berita Anadolu, delegasi UAE bakal diketuai oleh Menteri Luarnya, Mohamed bin Zayad manakala rejim Zionis diwakili Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Channel 12 News Israel pula melaporkan, UAE, Israel dan Amerika Syarikat (AS) sedang membuat persiapan untuk majlis tersebut.

Selain Netanyahu dan Mohamed, Presiden AS, Donald Trump juga dijangka hadir.

Pada 13 Ogos, UAE dan Israel mengumumkan perjanjian yang terajui AS untuk memulihkan hubungan, termasuk membuka pejabat kedutaan di wilayah masing-masing.

Pihak Berkuasa Palestin dan gerakan pembebasan mengecam perjanjian itu, dengan mengatakan ia tidak memenuhi kepentingan Palestin dan mengabaikan hak rakyat Palestin.

“Mana-mana perjanjian dengan Israel harus berdasarkan prinsip Inisiatif Damai Arab 2002 iaitu “tanah untuk perdamaian” dan bukan “perdamaian untuk perdamaian” seperti yang dituntut rejim Israel,” tegas mereka.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.