Tubuh agensi khusus banteras pencemaran air

63

9 SEPT: Insiden pencemaran Sungai Gong di Rawang sehingga menyebabkan gangguan bekalan air membuktikan kerajaan negeri Selangor gagal dalam penguatkuasaan terhadap pelaku yang telah dikenakan kompaun atas kesalahan yang sama.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Seri S Vell Paari berkata, kejadian tersebut bukan kali pertama berlaku di Selangor khususnya Lembah Klang namun rakyat berdepan isu tersebut hampir setiap tahun.

Beliau juga berharap, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan agensi terlibat melihat perkara ini dengan teliti yang telah banyak menyusahkan pelbagai pihaknya terutamanya rakyat.

vell paari
S VELL PAARI

“Infrastruktur bekalan air adalah sesuatu yang kritikal bagi menjamin kelangsungan air kepada rakyat dan jika tidak dikawal dengan baik akan menyebabkan keadaan menjadi huru hara di dalam negara.

“Di Amerika Syarikat (AS) terdapat Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) di mana mereka akan membuat kajian ke atas infrastruktur air dan jika berlaku, respon akan dibuat. Sudah tiba masanya EPA ini diwujudkan di Malaysia,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Negara, hari ini.

Sementara itu, S Vell Paari mencadangkan agar kerajaan menyediakan satu insentif strategi agar peluang pekerjaan, kemahiran pekerja serta sektor fokus pembangunan ekonomi diintegrasi menjadi satu platform.

Tambahnya, insentif strategik ini harus dilakukan bersama agensi kerajaan dan swasta agar dapat menyediakan peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan kemahiran yang dimiliki oleh rakyat.

“Kerajaan boleh menyediakan pekerja yang berkemahiran dan ditempatkan di syarikat swasta yang bersesuaian dengan kemahiran mereka. Maka amat baik sekali jika MyFuture Job di bawah Perkeso dan MyJob Malaysia di bawah Kementerian Sumber Manusia diintegrasi menjadi satu platform.

“Ini akan memudahkan ia dicapai oleh semua majikan dan bakal-bakal pekerja,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.