Lelaki dihukum mati kerana hina Islam

54

9 SEPT: Seorang lelaki beragama Kristian dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Pakistan setelah dia disabitkan kesalahan menghantar mesej memiliki ‘kandungan yang menghina Islam’.

Memetik laporan AFP, Asif Pervaiz, 37, yang ditahan sejak 2013, melawan pertuduhan itu yang didakwa selepas laporan dibuat oleh penyelia sebuah kilang di mana dia bekerja sebelum ini.

Peguamnya, Saif-ul-Malook memberitahu AFP bahawa Asif menafikan semua dakwaan terhadapnya dan hanya menghantar semula mesej yang dipersoalkan itu selepas menerimanya daripada orang lain.

“Hakim sepatutnya menolak kes ini, kami akan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Lahore.

“Asif sudah pun menghabiskan tujuh tahun menunggu keputusan mahkamah, siapa tahu berapa lama lagi dia perlu menunggu hingga semuanya selesai,” katanya.

Menghina Islam adalah isu yang sangat sensitif di Pakistan, dengan undang-undang membenarkan hukuman mati terhadap individu yang disabitkan kesalahan tersebut.

Asif mendakwa penyelianya, yang cuba memaksanya menukar agama untuk memeluk Islam, menuduhnya menghina Islam selepas dia berhenti bekerja di kilang itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.