SPRM siasat isu pencemaran Sg Gong

96

8 SEPT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan berhubung isu pencemaran Sungai Gong di Rawang, Selangor.

Siasatan itu bertujuan mengenal pasti sekiranya ada unsur rasuah melibatkan mana-mana pihak termasuk agensi penguatkuasaan.

“Kami meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil memberi kerjasama,” kata SPRM dalam kenyataan media, hari ini.

Sebanyak 1,292 kawasan di Lembah Klang membabitkan lebih sejuta pengguna mengalami gangguan bekalan air selepas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 serta Rantau Panjang dihenti tugas pada 3 September lalu kerana berlaku pencemaran di Sungai Gong, Rawang.

Hasil siasatan mendapati sebuah premis perindustrian Sungai Gong dipercayai menjadi punca gangguan bekalan air dan kilang itu telah dikenakan kompaun dan disita.

Empat lelaki yang juga pemilik kilang tersebut juga direman selepas disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran air di kawasan perindustrian Sungai Gong.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.