Rais hargai PM jawab sendiri soalan Senator

167

7 SEPT: Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana sanggup hadir dan menjawab sendiri soalan dikemukakan oleh Ahli Dewan Negara dalam sidang hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap semua menteri Kabinet lain mencontohi sikap Perdana Menteri yang hadir sendiri ke Dewan Negara untuk menjawab soalan berkaitan kementerian masing-masing.

“Sidang mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana hadir sendiri untuk menjawab soalan dikemukakan oleh Ahli Dewan Negara hari ini.

“Di samping itu kita mengharap beliau (Perdana Menteri) bersama sekutu kita iaitu Menteri Kabinet bertanggungjawab soalan sebanyak mungkin dikemukakan di Dewan Negara, pada masa depan,” katanya dalam ucapan ringkas selepas Muhyiddin selesai menjawab soalan dalam sesi soal jawab lisan sidang Dewan Negara, hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin menjawab soalan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Razali Idris yang meminta Perdana Menteri menyatakan pelaksanaan dan keberkesanan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) yang dilihat dijadikan platform tertinggi dalam usaha memperkasakan pembangunan sosioekonomi bumiputera. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.