Bekalan air Hulu Selangor pulih sepenuhnya

49

7 SEPT: Hulu Selangor menjadi kawasan pertama di Selangor yang pulih sepenuhnya daripada gangguan bekalan air pagi tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, Kuala Selangor kini berada pada tahap 99.25 peratus, diikuti Petaling yang mencapai 91.78 peratus yang hampir mencapai tahap pulih sepenuhnya.

“Peratusan pemulihan bagi Gombak pula pada tahap 72.99 peratus, diikuti dengan Kuala Langat yang masih kekal 50 peratus sejak semalam.

“Sementara itu, Kuala Lumpur pada 47.37 peratus dan Klang/Shah Alam berada pada 38.42 peratus,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurut beliau, sehingga jam 6.30 pagi ini, sebanyak 948 kawasan pulih sepenuhnya, manakala 344 kawasan masih lagi dalam proses pemulihan.

“Secara keseluruhan, 73.37 peratus daripada 1,292 kawasan terbabit dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini pulih sepenuhnya.

“Bagi kawasan kumpulan 1 membabitkan 71 kawasan yang sepatutnya pulih sepenuhnya 12 tengah malam tadi tetapi tidak berlaku adalah disebabkan oleh penyimpanan air berlebihan oleh pengguna yang mula menerima bekalan air.

“Air Selangor sedang mengambil tindakan untuk menstabilkan sistem agihan bagi memulihkan kawasan ini,” katanya.

Beliau juga menasihatkan pengguna agar tidak menyimpan dan menggunakan air berlebihan bagi memastikan proses pemulihan bagi kawasan yang masih terjejas berjalan lancar dan mengikut jadual pelan pemulihan Air Selangor.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.