Perancis dikecam kartun hina Nabi Muhammad

134

6 SEPT: Puluhan ribu penduduk di seluruh Pakistan turun ke jalanan dengan melaungkan tindakan boikot produk Perancis, sebagai protes terhadap majalah negara itu, Charlie Hebdo yang menerbitkan semula kartun menghina Nabi Muhammad SAW.

Penunjuk perasan membawa pelbagai plakad dalam protes itu, antaranya tertulis ‘hancur Perancis’.

Lebih menimbulkan kemarahan ramai umat Islam apabila pemimpin tertinggi Perancis mempertahankan hak bekarya untuk penerbitan di negara itu.

Kartun kontroversi itu mencetuskan kemarahan dan ketidakselesaan dalam kalangan orang Islam seluruh dunia pada 2005 apabila ia pertama kali diterbitkan oleh akhbar Danish, Jyllands-Posten.

Awal minggu ini, majalah satira mingguan Charlie Hebdo menerbitkan semula kartun itu ketika bermulanya perbicaraan rakan subahat serangan militan Islam di pejabatnya di Paris pada Januari 2015.

Ulama Universiti Al Azhar juga mengeluarkan kenyataan mengutuk keras penerbitan semula kartun yang jelas satu bentuk provokasi umat Islam.

Rabu lalu, ketika hari pertama perbicaraan itu, mahkamah Perancis diberitahu penembak yang menyerbu ke dalam pejabat Charlie Hebdo dan membunuh 12 individu, berbuat demikian untuk membalas dendam bagi pihak Nabi Muhammad SAW.

Penerbitan kartun itu adalah punca serangan berkenaan.

Tunjuk perasaan pada Jumaat dianjurkan parti Tehreek-e-Laibak Pakistan (TLP) di Karachi serta Rawalpindi, Peshawar, Lahore dan Dera Ismail Khan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.