UMNO tiada hasrat masuk ke Sarawak – Ahmad Zahid

234

4 SEPT: UMNO tidak pernah berhasrat masuk ke Sarawak dan keputusan itu sejak dari dahulu adalah muktamad.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO yakin dengan Parti Pesaka Bumiputera Sarawak (PBB) dan Gabungan Parti Sarwak (GPS) untuk menerajui negeri itu.

“Sementelahan GPS telah dibentuk untuk merangkumkan ketiga-tiga parti lain yang dahulunya dalam Barisan Nasional (BN).

“UMNO doakan agar GPS akan terus membentuk kerajaan negeri bila Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak diadakan kelak,” katanya menerusi ciapan Twitter beliau hari ini.

Semalam, Presiden PBB, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menegaskan, Sarawak tidak akan menerima kemasukan UMNO di negeri itu.

Menurut Ketua Menteri Sarawak itu, ini kerana budaya politik negeri itu yang berbeza dengan Semenanjung dan ini tidak sesuai sama sekali dengan UMNO.

Abang Johari berkata demikian ketika berucap menyampaikan sumbangan kerajaan negeri kepada Persatuan Bidayuh Kebangsaan di Kuching semalam.

Tidak seperti beberapa parti utama lain antaranya Pas, PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO memilih untuk tidak melebarkan sayap mereka di Sarawak sejak dahulu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.