Tuduh BN sogok wang, Tun M mahu tutup aib sendiri

52

4 SEPT: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak seharusnya mengeluarkan dakwaan menuduh pengundi Barisan Nasional (BN) disogok untuk mengundi calon parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut mempersoalkan tindakan Pengerusi Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) itu yang dilihat semata-mata hanya untuk menutup aibnya sendiri yang sebenarnya mengamalkan politik wang.

Menurut beliau, perkara ini turut didedahkan oleh bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Apakah ini satu cara untuk menutup kebobrokan diri yang sebenarnya mengamalkan sogokan wang?” soalnya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Dr Mahathir membuat dakwaan tidak berasas itu dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, semalam.

Dalam pada itu, Asyraf memberitahu tuduhan bekas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu bukan sahaja fitnah semata-mata tetapi satu bentuk penghinaan terhadap pengundi-pengundi di Slim.

“Apakah agaknya perasaan orang Slim bila dituduh mengundi BN kerana disogok dengan wang?

” Ini bukan sahaja fitnah tetapi satu bentuk penghinaan kepada pengundi-pengundi Slim. Takkanlah maruah mereka hanya RM100?,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.