Bahrain benar pesawat UAE ke Israel guna ruang udara

59

4 SEPT: Selepas Arab Saudi, Bahrain pula mengumumkan kebenaran untuk pesawat Emiriah Arab Bersatu (UAE) melepasi ruang udara negara itu bagi penerbangan dua hala ke Israel.

“Bahrain akan membenarkan semua penerbangan dari seluruh dunia yang berlepas dan mendarat di UAE untuk melepasi ruang udaranya,” lapor Agensi Berita Bahrain yang memetik sumber rasmi di Kementerian Pengangkutan dan Telekomunikasi.

Pengumuman itu dibuat selepas UAE dan Israel sepakat untuk menormalisasikan hubungan dalam perjanjian yang diumumkan Presidennya, Donald Trump bulan lalu.

Bahrain, seperti Arab Saudi, tidak mempunyai hubungan diplomatik rasmi dengan Israel.

Arab Saudi sebelum ini menegaskan negara itu tidak akan menjalin hubungan diplomatik dengan Israel sehingga Israel menandatangani perjanjian damai yang diakui secara antarabangsa dengan Palestin.

Penasihat Rumah Putih, Jared Kushner mengunjungi Bahrain pada Selasa, seminggu selepas lawatan oleh Setiausaha Negara Mike Pompeo.

Beliau bertemu dengan Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa, yang mengatakan kestabilan di wilayah itu bergantung pada Arab Saudi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.