4 LRA Selangor belum beroperasi

41

4 SEPT: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengesahkan bahawa Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 serta Rantau Panjang masih belum beroperasi semula.

Penjelasan itu sekali gus menafikan mesej yang tular dalam media sosial kononnya LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 mula beroperasi semula pada jam 9 malam tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor, Elina Baseri berkata, ujian persampelan yang dijalankan di muka sauk sehingga jam 8.30 malam tadi masih mengesan pencemaran pada tahan 1 TON.

“LRA hanya boleh beroperasi apabila tahap pencemaran berada pada tahap 0 ton,” katanya dalam kenyataan media, malam ini.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, Air Selangor menasihatkan para pengguna untuk mendapatkan maklumat melalui hebahan rasmi atau saluran-saluran rasmi Air Selangor dan tidak menyebarkan berita tidak sahih berhubung gangguan bekalan air kali ini.

Elina menjelaskan, Air Selangor akan mengemas kini maklumat gangguan bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa menerusi semua media komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com.

Para pengguna juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk mendapatkan maklumat terkini bekalan air.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.