Hala tuju PAS dalam PN agenda utama muktamar

78

3 SEPT: Muktamar PAS ke-66 pada 13 September ini, dijangka hanya menyentuh mengenai ucapan dasar Presiden berhubung hala tuju dan masa depan parti tu selepas menjadi sebahagian kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ketua Penerangan PAS, Kamaruzaman Mohamad berkata, muktamar kali ini berlangsung hanya sehari maka sudah tentu tumpuan kepada ucaptama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurut beliau, memandangkan muktamar itu diadakan dalam waktu terhad hanya sehari berbanding tiga hari sebelum ini, maka rata-rata perwakilan sudah pasti mahu mendengar amanat Presiden berhubung masa depan parti.

“Saya kira isu lain turut akan disentuh mengenai panduan kerja parti yang ingin diketahui perwakilan selepas parti ini menjadi sebahagian daripada kerajaan PN.

“Turut diberi penekanan mengenai isu berkaitan PN dan Muafakat Nasional (MN) berikutan perubahan daripada pembangkang kepada kerajaan,” katanya kepada dalam kenyataan media, hari ini.

Muktamar PAS kali ke-66 diadakan di Kelantan yang turut akan disiarkan secara langsung dalam media sosial bagi membolehkan seluruh ahli parti itu mengikutinya.

Muktamar kali ini juga bersamaan dengan setahun usia MN selepas dimeterai pada 14 September tahun lalu, dijangka hanya akan dihadiri 300 perwakilan berbanding 1,200 peserta pada muktamar terdahulu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.