Kaum Cina tolak mainan politik Dr Mahathir

75

31 OGOS: Penolakan kaum Cina terhadap mainan politik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dikenal pasti antara faktor yang menyumbang kepada kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Ketua MCA Bahagian Tanjung Malim, Goh Choong Seng berkata, perkembangan itu dapat dilihat melalui kemenangan BN di tiga pusat daerah mengundi (PDM) yang mempunyai majoriti pengundi Cina.

“Pengundi Cina telah menolak kepimpinan Dr. Mahathir yang telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan mahu mempertahankan anak sendiri dalam politik,” katanya.

Semalam, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menyatakan, BN berjaya meraih sokongan majoriti pengundi Cina di tiga PDM dalam PRK DUN Slim iaitu Sungai Slim Utara, Pekan Slim dan Kuala Slim.

Walaupun Pakatan Harapan (PH) tidak meletakkan calon, pemimpin-pemimpin mereka secara terbuka berkempen menyokong calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi.

Choong Seng menambah, pengundi Cina juga mula sedar bahawa PH mempunyai banyak kepincangan sewaktu memerintah negara selama 22 bulan dahulu.

Beliau percaya kira-kira 70 peratus pengundi Cina di DUN Slim kembali menyokong BN, berdasarkan jumlah undi calon-calon Bebas yang agak rendah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.