Hubungan baik UAE-Israel mengejutkan

53

30 OGOS: Tindakan Emiriah Arab Bersatu (UAE) berbaik-baik dengan rejim Zionis Israel disifatkan sebagai sesuatu yang mengejutkan.

Bekas Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Mishaal berkata, langkah yang diambil oleh pemerintah UAE tidak akan disusuli oleh negara-negara Arab yang lain.

“Rakyat Palestin tidak akan menerima sebarang usaha mencabuli hak-hak kami,” katanya seperti dipetik daripada wawancara dalam talian bersama sayap pemuda Parti Keadilan dan Pembangunan Maghribi.

Beliau juga percaya bahawa Israel bukan lagi kuasa yang paling berpengaruh di rantau Asia Barat.

Khaled berpandangan, terdapat petunjuk yang memberangsangkan berhubung usaha menyatupadukan rakyat Palestin ketika ini.

“Kami semua bersatu padu menolak projek tajaan Amerika Syarikat (AS) dan Zionis,” jelasnya.

Beliau menambah, AS dan rejim Zionis Israel terkejut dengan konsensus yang dicapai oleh rakyat Palestin dalam menolak rundingan dan pelan pengilhakan Tebing Barat.

“Pendirian Palestin ini telah memperkukuhkan tekad negara-negara Arab dan membantutkan rancangan mereka yang berkonspirasi,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.