Muhyiddin terima 5,500 borang ahli baharu BERSATU

114

30 OGOS: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hari ini menerima permohonan 5,500 ahli baharu bagi Bersatu Zon 5 di sini meliputi Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Libaran dan Batu Sapi.

Borang keahlian itu diserahkan oleh wakil mereka, Penaung Persatuan Usahawan Sandakan, Datuk Mohd Afendi Hamdan kepada Perdana Menteri merangkap Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada satu majlis di Sabah Hotel, Sandakan.

Penyerahan borang keahlian itu disaksikan oleh Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Difahamkan daripada jumlah itu, sebanyak 1,500 merupakan permohonan dari Sandakan dan selebihnya dari Beluran, Kinabatangan, Libaran dan Batu Sapi.

Muhyiddin tiba di Sabah semalam bagi lawatan rasmi dua hari ke Sabah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.