Tidak rasmi: BN menang besar di DUN Slim

104

29 OGOS: Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz secara tidak rasmi telah memperoleh 9,491 undi majoriti dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini, hari ini.

Jumlah 11,352 undi diterima beliau setakat ini mengatasi bilangan yang diterima oleh dua calon Bebas, Amir Kushairy Mohamad Tanusi 1,861 dan S. Santhasekaran 242.

Keputusan rasmi akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam ini selepas proses penjumlahan undi selesai.

Jumlah keluar mengundi sebanyak 73 peratus daripada 23,094 pemilih berdaftar di DUN Slim.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.