Petrol naik satu sen, diesel turun dua sen

42

28 OGOS: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 naik satu sen bermula 12.01 tengah malam ini, sehingga 4 September.

Harga runcit diesel pula sebaliknya apabila turun sebanyak dua sen seliter iaitu daripada RM1.80 seliter kepada RM1.78 seliter.

Dengan pengumuman ini, RON95 naik daripada RM1.71 seliter kepada RM1.72 seliter, manakala RON97 naik satu sen seliter iaitu daripada RM2.01 seliter kepada RM2.02 seliter.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan, kenaikan ini dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kenyataan itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.