Malaysia kekal harmoni bawah kepimpinan berkredibiliti

121

28 OGOS: Keharmonian negara hanya dapat dikekalkan jika keadaan politik Malaysia sentiasa dijaga dan stabil di bawah parti yang memiliki kekuatan dan kredibiliti dalam mengurus tadbir negara akan dapat melaksanakan perkara ini.

Exco Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Mizma Appehdullah berkata, perkara itu dibuktikan apabila BERSATU yang menjadi sebahagian daripada gabungan Perikatan Nasional (PN) berjaya mengharungi detik sukar lebih-lebih lagi ketika situasi pandemik COVID-19.

Menurut beliau, langkah-langkah yang diambil kerajaan PN berjaya melindungi rakyat daripada melalui detik lebih menakutkan berbanding beberapa negara maju di dunia.

MIZMA
MIZMA AHPEDULLAH

“Bahkan Singapura juga tidak sebaik negara kita mengawal penularan COVID-19. Inilah kerajaan, inilah pemimpin negara Malaysia yang mampu menjaga rakyat keseluruhannya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mizma berkata, sepanjang pemerintahan PN, tiupan amarah yang membakar semangat perpaduan sudah berkurangan dan rakyat sudah mula bertoleransi antara satu dengan yang lain.

“Inilah sebenarnya juga harapan rakyat dapat menikmati kehidupan dengan selesa, kerana makna hari Malaysia itu juga adalah penyatuan dan kebebasan rakyat dari pemerintahan kolonial. Detik dimana rakyat memiliki ibunda tanahair yg merdeka.

“Jika masih perlu berhadapan dengan krisis politik, kesengsaraan kehidupan…apalah makna pembentukan Malaysia ini yang usianya saja sudah menjangkau 57 tahun?” ujarnya.

Justeru itu, masyarakat digesa agar mengekalkan apa yang telah dimiliki hari ini dan bersatu untuk memperbaiki kekurangan.

“Teguhkanlah saf kita dibelakang kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan yang dipimpinnya dalam memacu Malaysia meniti usia 57 tahun.

“Pasti beliau juga mengharapkan kita semua berada dalam keadaan harmoni dan aman damai,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.