Kejayaan PN lwn Goldman Sachs: Mahu bohong apa lagi

1,149

28 OGOS: Bukan setakat menangani COVID-19 ketika ini, malah kewangan negara perlu dipastikan diurus secekap-cekapnya kerana tiada siapa mengetahui apa pula ujian mendatang.

Pakej-pakej ransangan ekonomi oleh kerajaan PN setakat ini pula tidak terjangkau di kotak fikiran bagaimana satu jumlah cukup besar diperuntukkan sehingga mencecah RM250 bilion.

Namun, sudah tentu apa dilakukan kerajaan tidak akan terlepas daripada kritikan politik apatah lagi ada ‘dendam’ belum berbalas akibat pertukaran kerajaan Mac lalu.

Sesuatu kejayaan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan cuba diperkecilkan, perkara baik pula ditohmah agar ada persepsi negatif berlegar.

Nak-nak lagi angin PRU-15 semakin dirasai dan kononnya kerajaan perlu wang yang banyak untuk kegunaan politik termasuk menggunakan wang kutipan tuntutan berkaitan 1MDB.

Cerita ini satu pembohongan sama sekali. Untuk menguruskan ekonomi, Kementerian Kewangan perlu melihat tanggungjawab kewangan secara keseluruhan.

Sebagai contoh, kejayaan Kementerian Kewangan berunding menyelesaikan caj dan tuntutan tertunggak berkaitan dengan tiga urus niaga bon membabitkan skandal 1MDB

Angka AS$3.9 bilion (RM16.6 bilion) itu diperkecilkan kononnya mereka mampu berunding lebih baik walaupun hakikat adalah sebaliknya. Hanya dapat separuh daripada itu.

Bila didedahkan di Parlimen, akhirnya ada yang angkat bendera putih untuk tidak mahu ulas lagi setelah tembelang mereka pecah.

Tapi kerja jahat mereka tidak pernah terhenti, kini ada pula spekulasi kononnya wang penyelesaian dengan Goldman Sachs berkaitan 1MDB itu nak digunakan pula untuk pilihan raya.

Sebenarnya, menguruskan isu 1MDB ini adalah satu lagi perkara kritikal agar usaha-usaha dalam pakej rangsangan COVID-19 tidak terganggu.

Apa yang disusun rapi oleh Kementerian Kewangan harus membuka mata ramai bagaimana 1MDB dapat menyelesaikan permasalahan hutang mereka menerusi wang yang berjaya dibawa balik ke Malaysia.

Dua bon berjumlah lebih AS$3 bilion itu yang akan mencapai tempoh matang pada 2022 dan 2023 itu tetap perlu dilunaskan bagi menjaga rating Malaysia.

Dan menerusi perancangan tersusun, ini boleh dibayar menggunakan balik aset dan wang berkaitan 1MDB.

Selain penyelesaian dengan Goldman Sachs berjumlah AS$3.9 bilion dengan AS$2.5 bilion diterima dalam bentuk tunai, Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) juga memulangan keseluruhannya AS$600 juta yang diseleweng daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Laporan akhbar NST 16 April 2020

Malah, terdapat baki sebanyak AS$1.4 bilion (RM5.9 bilion) akan dibayar selepas aset yang berkait dengan hasil diseleweng melalui urus niaga itu dikembalikan semula kepada kerajaan.

Ternyata semua diuruskan dengan penuh cermat. Akaun negara dipastikan sihat walau banyak yang perlu dilakukan.

Kepimpinan sekarang bekerja keras tanpa gilakan publisiti politik seperti mana pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Apa lagi menggunakan duit yang diterima untuk pembiayaan politik seperti ditohmah pembangkang.

Cerita 1MDB mereka canang erdegar-degar, tapi nak selesaikan rundingan bawa balik wang syarikat pelaburan itu pun gagal.

Akhirnya kepimpinan baru Kementerian Kewangan bersama Peguam Negara yang menyelesaikannya dengan memperoleh nilai terbaik.

Ini adalah kepimpinan bertanggungjawab bukan populis.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.