Pendapatan isi rumah Orang Asli RM1,092

74

27 OGOS: Penduduk Orang Asli di Pahang berjumlah 73,945 orang yang terdiri daripada 37,903 lelaki dan 36,042 wanita

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, berkata purata pendapatan isi rumah masyarakat Orang Asli adalah sebanyak RM1,092 berdasarkan Banci Orang Asli.

Bagaimanapun, beliau berkata purata pendapatan terkini hanya akan diterbitkan berdasarkan aktiviti Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 tidak lama lagi.

“Kaedah bancian digunakan adalah berdasarkan temu ramah bersemuka dengan isi rumah bagi mendapatkan maklumat lengkap isi rumah terbabit,” katanya ketika menjawab soalan lisan dikemukakan oleh Ahli Parlimen BN Rompin, Datuk Seri Hasan Arifin di sesi soal jawab lisan di Parlimen, sebentar tadi.

Ahli Parlimen BN Rompin berkenaan mahu kerajaan menyatakan berapa jumlah penduduk Orang Asli di negeri Pahang dan berapakah anggaran pendapatan isi rumah Orang Asli di seluruh negara.

Menjawab soalan tambahan dikemukakan Hasan, Abdul Rahman menjelaskan kerajaan sekarang sedang berusaha untuk mewartakan tanah yang diduduki masyarakat Orang Asli.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.