Kerajaan teliti syor tambah baik sistem pilihan raya

62

27 OGOS: Kerajaan akan meneliti cadangan yang disyorkan oleh Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya bagi menambah baik sistem pilihan raya di negara ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cadangan tersebut terkandung dalam laporan penuh yang diterima beliau hari ini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Ab Rashid bin Ab Rahman sebagai Pengerusi, seluruh ahli Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya dan semua pihak yang terlibat menyiapkan laporan ini,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.

Laporan tersebut adalah hasil usaha jawatankuasa khas berkenaan selama dua tahun melalui sesi libat urus di seluruh negara bersama parti-parti politik, pertubuhan bukan kerajaan, pertubuhan sivil, kakitangan kerajaan dan individu yang berminat.

Penanda aras yang digunakan adalah perbandingan amalan pilihan raya oleh negara-negara maju antaranya Jerman, Kanada, United Kingdom, Australia dan New Zealand.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.