Bukan semua 101 projek runding terus dimula PH

104

27 OGOS: Selepas didedahkan pemerintahan Pakatan Harapan (PH) turut membuat perolehan secara rundingan terus, bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini tampil membela diri mendakwa hanya 70 daripada 101 projek itu inisiatif pentadbiran PH.

Menurut Guang Eng, selebihnya diwarisi daripada Barisan Nasional (BN) atau sambungan projek daripada insiatif kerajaan sebelum PH mengambil alih pentadbiran.

“Bezanya, PH telah meneruskan projek-projek ini dengan pemotongan kos yang menghasilkan penjimatan yang ketara.

“Apa yang mengejutkan rupa-rupanya, projek rundingan terus di bawah iniasiatif PH bukan RM6.61 bilion seperti diuar-uarkan tetapi sebenarnya RM352 juta.

“Baki RM6.258 bilion ialah projek diwarisi dan sambungan dari zaman BN yang terpaksa diteruskan PH,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Media di Parlimen hari ini.

Kelmarin, Guan Eng mengakui jumlah dan bilangan projek yang didedahkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Cuma, beliau menjelaskan rundingan terus adalah lumrah bagi mana-mana kerajaan termasuk di Barat kerana dibenarkan atas sebab-sebab tertentu.

Tengku Zafrul dalam satu majlis di ibu negara ini menjelaskan apa yang didedahkan semalam adalah fakta apa yang diluluskan era PH.

“isu seperti bila rundingan terbabit dimulakan adalah sesuatu yang boleh dijelaskan oleh sesiapa sahaja,” katanya.

Dalam sidang media yang dihadiri beberapa bekas Menteri PH, Guan Eng berkata, dengan itu, projek rundingan terus PH bukannya 1.4 peratus atau RM6.61 bilion daripada keseluruhan perolehan kerajaan tetapi hanya 5.53 peratus atau RM352 juta.

Ini dengan mengambil kira 70 projek inisiatif pentadbiran PH sahaja.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata semasa pentadbiran selama 22 bulan PH, sebanyak 99.93 peratus daripada jumlah keseluruhan perolehan telah ditawarkan melalui kaedah tender dan bukannya rundingan terus.

“Keraguan kami ternyata telah ternyata dan terbukti dengan senarai 101 projek bernilai RM6.61 bilion yang didedahkan oleh kementerian kewangan semalam,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.