Ahli Parlimen Ipoh Timur dipilih Pengerusi PAC

176

27 OGOS: Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul pelantikan, Ahli Parlimen PH Ipoh Timur, Wong Kah Woh, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang baharu.

Pelantikan diluluskan dengan bahas selepas usul berkenaan dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan pada sidang Dewan Rakyat sebentar tadi.

Takiyuddin ketika membentangkan usul berkenaan menjelaskan Kah Woh dipilih menggantikan mantan Pengerusi PAC, sebelum ini iaitu Ahli Parlimen BN Parit Sulong Datuk Dr Noraini Ahmad yang kini menjadi Menteri Pengajian Tinggi.

Ahli Parlimen BERSATU Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun pula menggantikan Kah Woh sebagai Naib Pengerusi PAC bagi Parlimen ke-14.

Pelantikan Kah Woh sebagai Pengerusi PAC mendapat sokongan sebulat suara daripada Ahli Parlimen sama ada dari blok pro kerajaan Perikatan Nasional (PN) mahun pembangkang.

Kah Woh menjadi Ahli Parlimen dari Blok Pembangkang Kedua dilantik sebagai Pengerusi PAC, selepas Noraini, sebelum ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.