Saksi sakit: Kes Zahid tangguh

72

26 OGOS: Perbicaraan kes Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ditangguhkan ke hari Jumaat apabila saksi ke-90 tidak dapat hadir kerana cuti sakit.

Hakim Collin Lawrence Sequerah dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Sazilee Abdul Khairi tentang perkara itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Ahmad Sazilee menyatakan telah menerima mesej WhatsApp daripada saksi ke-90 pendakwaan, Mejar Mazlina Mazlan bahawa beliau cuti sakit.

Sehubungan itu hakim menetapkan sambung bicara pada 28 Ogos ini.

Ahmad Zahid menghadapi pertuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan jutaan ringgit daripada dana Yayasan Akalbudi.

Setakat ini perbicaraan telah berlangsung selama 37 hari dan seramai 90 saksi telah dipanggil memberi keterangan.

Daripada 90 saksi itu, dua orang dipanggil semula setelah pihak pendakwaan meminda 12 pertuduhan terhadap Ahmad Zahid.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.