Hanya cubaan nakal

197

26 OGOS: Disebalik desas desus enam Ahli Parlimen AMANAH  akan menyertai BERSATU, Datuk Salahuddin Ayub terus menafikan khabar angin tersebut dan  menyifatkannya hanya ‘cubaan nakal’.

Ahli Parlimen Pulai itu menyifatkan khabar angin itu   semata-mata bertujuan menarik beliau serta yang lain untuk melompat parti.

Menurut Timbalan Presiden AMANAH itu, beliau masih Ahli Parlimen Amanah, begitu juga dengan lima yang lain dan masih duduk di kerusi pembangkang.

Sebelum ini tersebar menerusi media sosial, enam Ahli Parlimen AMANAH dikatakan akan menyertai BERSATU dalam masa terdekat bagi menyokong kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Parti Amanah ketika ini mempunyai 11 Ahli Parlimen.

Selain Salahuddin, nama lain disebut adalah Datuk Seri Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Hasanuddin Mohd Yunus (Hulu Langat), Dr Hasan Baharom(Tampin), Mohd Anuar Tahir (Temerloh) dan Dr Hatta Ramli (Lumut).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.