PM lancar pameran Parlimen: Citra Perundangan Malaysia

88

25 OGOS: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan pameran ‘Parlimen: Citra Perundangan Malaysia’ yang berlangsung dari hari ini hingga 18 September depan.

Pada masa sama, Muhyiddin turut merasmikan Perpustakaan Parlimen yang baharu.

Menerusi catatan di Facebook beliau malam ini, Muhyiddin turut berkongsi gambar tinjauan beliau ke Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran yang baru.

“Sungguh berbeza jika hendak dibandingkan dengan kemudahan yang ada ketika saya mula menjadi Ahli Parlimen pada tahun 1978.

“Blok ini menyediakan kemudahan kepada ahli-ahli Parlimen, warga Parlimen serta pegawai-pegawai kementerian yang menjalankan tugasan rasmi di Parlimen seperti perpustakaan, surau, mini auditorium, gimnasium dan sauna,” katanya.

Sehubungan itu, Perdana Menteri mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua warga Parlimen atas usaha keras menyediakan perkhidmatan serta kemudahan terbaik kepada semua Ahli Parlimen dan pegawai-pegawai bertugas.

Turut sama mengiringi Muhyiddin ialah Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.