Beri rakyat kefahaman mencukupi RUU COVID-19

14

25 OGOS: Kerajaan perlu memberikan penerangan secara terperinci kepada rakyat di peringkat akar umbi bagi memastikan mereka benar-benar faham mengenai impak pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020.

Ahli Parlimen BN Kimanis Datuk Mohamad Alamin, berkata beliau berharap kerajaan dapat memberikan penjelasan secara terperinci kepada rakyat termasuk di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

Berikutan itu Mohamad berkata Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu meningkatkan kerjasama bagi memastikan RUU dapat dilaknakan dengan lebih berkesan.

“Saya berharap apabila diwartakan kelak akta ini akan difahami sejelas-jelasnya oleh rakyat di seluruh negara.

“Saya tidak mahu apabila akta ini diluluskan ia gagal difahami dan mesejnya tidak sampai kepada rakyat di peringkat akar umbi,” katanya ketika membahaskan RUU COVID-19 di Parlimen sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata tindakan itu perlu bagi memastikan rakyat di peringkat akar umbi mengetahui hak-hak dan tuntutan yang boleh dibuat oleh mereka sekiranya timbul sebarang isu berbangkit.

Biarpun sedar tujuan utama kerajaan Persekutuan menguatkuasakan RUU berkenaan, namun Mohamad berkata beliau berasa sedih kerana ramai rakyat Sabah kecewa dengan cara kerajaan negeri dipimpin oleh Parti Warisan Sabah (Warisan) mentadbir negeri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.