MPT BERSATU akan bincang jawatan Azmin

63

24 OGOS: Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menjelaskan bahawa kenyataan beliau kepada media berhubung Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak merujuk secara khusus tentang jawatan Naib Presiden parti.

Menteri Besar Perak itu berkata, dalam sidang media semalam, beliau sebenarnya bermaksud bahawa apa sahaja cadangan mengenai jawatan Mohamed Azmin dalam BERSATU akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti.

“Perkara ini tidak pernah dibincangkan sebelum ini dan saya ingin menegaskan apa juga perkara berkaitan dengan parti akan diperhalusi dan dibincangkan dalam mesyuarat MPT parti,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam sidang media selepas melawat Pusat Media Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim di pekan Slim River, semalam, Ahmad Faizal ditanya tentang ura-ura Mohamed Azmin menjadi Naib Presiden BERSATU selepas menyertai parti itu kelmarin.

Ketika ini, BERSATU mempunyai tiga Naib Presiden yang dipilih iaitu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Jidin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.