PDRM buka kertas siasatan terhadap Khairuddin

84

23 OGOS: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah membuka kertas siasatan terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, kerana didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) daripada menjalani kuarantin di rumah wajib selama 14 hari selepas pulang dari Turki, pada 7 Ogos lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan PDRM membuka kertas siasatan terhadap Mohd Khairuddin yang juga Ahli Parlimen PAS Kuala Nerus kerana dikesan gagal mematuhi kuarantin wajib selama 14 hari di rumah.

“Polis telah membuka fail siasatan terhadap kes ini,” katanya dalam jawapan ringkas menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama TV hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, dalam satu kenyataan mengesahkan, sehingga kini PDRM sudah menerima sebanyak 27 laporan dari balai seluruh negera berhubung kes terbabit.

“Pihak polis melakukan siasatan terhadap Mohd Kharuddin mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menjelaskan kadar kompaun RM1,000 dikenakan Kementerian Kesihatan terhadap menteri terbabit adalah had maksimum ditetapkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

Media turut melaporkan bahawa Mohd Khairuddin pulang dari Turki pada 7 Julai dan sampel ‘nasopharyngeal swab’ kali pertama telah diambil pada hari yang sama dan didapati negatif.

jian saringan Covid-19 kali kedua dan ketiga juga menunjukkan keputusan negatif.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.