Kepimpinan baharu teruskan perjuangan BERSATU – Redzuan

179

23 OGOS: Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof yakin bahawa kepemimpinan yang baru memenangi pemilihan akan meneruskan usaha melestarikan perjuangan parti.

Beliau yang kalah dalam pemilihan jawatan Naib Presiden BERSATU turut mengucapkan terima kasih kepada semua perwakilan yang memilih kepimpinan baharu.

“Kepada barisan kepimpinan yang baharu, syabas dan tahniah. Saya yakin bahawa kepimpinan akan sentiasa meneruskan dan melestarikan perjuangan parti.

“Kepada perwakilan yang telah menyokong saya pada pemilihan semalam, terima kasih atas sokongan tuan-tuan dan puan-puan.

“Saya berharap bahawa tuan-tuan dan puan-puan semua akan memberikan sokongan penuh kepada barisan kepimpinan BERSATU yang baharu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tiga pemimpin BERSATU iaitu Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee; Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Jidin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen dipilih sebagai Naib Presiden parti yang baharu. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.