135 individu ditahan ingkar arahan PKP

34

3 OGOS: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 135 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk 37 daripadanya terbabit dengan kegiatan di dalam pub dan kelab malam, semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu, seramai 123 individu telah dikompaun manakala 12
individu pula direman.

 Beliau yang juga Ahli Parlimen Bera berkata antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal menyediakan peralatan/catitan keluar masuk (30) dan  tidak memakai pelitup muka (5).

Katanya, seramai 55 orang lagi ditahan kerana terbabit dengan aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal (55), aktiviti di dalam pub/kelab malam (37), seorang kerana gagal mematuhi arahan kuarantin dan premis beroperasi lebih masa (7).

“Pasukan Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM juga membuat 63,059 pemeriksaan semalam (22 Ogos 2020) bagi memantau dan
menguatkuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Sebanyak 4,406 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 16,692 anggota telah membuat pemantauan di 3,905 pasar raya, 5,533 restoran serta 1,682 penjaja, 1,689 kilang, 3,630 bank dan 844 pejabat kerajaan.  Juga dipantau, sebanyak 1,175 terminal pengangkutan darat, 227 terminal pengangkutan air serta 82 terminal pengangkutan udara,” katanya.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata PDRM juga menahan lima warga asing kerana melakukan kesalahan mengikut Akta Imigeresen menerusi
 62 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng di seluruh negara, semalam.

Katanya, PDRM juga memeriksa 28,272 kenderaan bagi mengekang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) terutamanya di lorong-lorong tikus.

Dalam pada itu, beliau berkata seramai 15,866 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan telah ditempatkan di 67 Hotel dan 5 Institut Latihan Awam (ILA) di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu dan Labuan, sejak 24 Julai sehingga 22 Ogos lalu.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 7,740 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 43 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan. Seramai 8,083 individu telah didiscaj dan dibenarkan pulang.

Mereka telah pulang dari 32 negara, iaitu Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, UAE, Jepun,Turki, Korea Selatan, Iran, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Timor Leste, Taiwan, China, United Kingdom, Belanda, Papua New Guinea, Mesir, Sepanyol, Perancis, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat.

“Semalam (22 Ogos 2020), PDRM telah mengadakan 459 pemeriksaan terhadap individu yang sedang menjalankan kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing (home quarantine).

“PDRM telah mengambil tindakan terhadap 1 individu kerana gagal mematuhi SOP home quarantine yang ditetapkan. PDRM bersama petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan sentiasa membuat pemeriksaan dan pemantauan terhadap individu-individu tebabit bagi memastikan SOP dipatuhi,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.