Hospital Pengajar UMS Siap Mac 2022

172

22 OGOS: Projek pembinaan Hospital Pengajar Universiti Malaysia Sabah (HUMS) dijadual siap sepenuhnya pada penghujung Mac 2022

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata hospital pintar yang mula dibina pada Disember 2017 akan menempatkan 400 katil ini merupakan projek berimpak tinggi.

Menurut beliau, pembinaan itu dirancang untuk memberikan hasil serta perkhidmatan terbaik kepada masyarakat setempat khususnya di negeri Sabah.

“Dengan adanya hospital ini nanti, jumlah doktor perubatan di negeri Sabah akan dapat ditingkatkan dari tahun ke tahun sehingga mencapai nisbah doktor per penduduk bagi sebuah negara berpendapatan tinggi,”katanya menerusi kenyataan di Facebooknya, hari ini.

Dalam pada itu, Noraini memberitahu pembinaan HUMS ini juga akan memberi kesan Fiscal Multiplier dengan mewujudkan peluang pekerjaan dan pendapatan baru kepada rakyat Sabah.

“Sekurang-kurangnya 1,600 pekerjaan bagi penjawat awam dan 300 peluang pekerjaan lagi bagi kakitangan outsource (pihak swasta) bakal diwujudkan.

“Selain daripada itu, projek HUMS ini juga akan merangsang perkembangan industri tempatan seperti pembersihan, pembekalan makanan, penyelenggaraan bangunan, peruncitan, kewangan dan lain-lain,” katanya. Oleh-AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.