Rayhan Kabir diusir ke Bangladesh malam ini

102

21 OGOS: Lelaki warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir yang mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia kerana mendakwa pihak berkuasa bersikap tidak adil terhadap warga asing dalam dokumentari Al Jazeera bulan lalu akan diusir ke negara asal malam ini.

Memetik laporan BH Online hari ini, sumber memberitahu, dia akan dihantar balik ke Bangladesh melalui penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Md Rayhan akan diusir ke negara asal malam ini dengan menaiki penerbangan dari KLIA.

“Lelaki itu akan dibawa ke KLIA jam 9 malam nanti,” katanya.

Pada 3 Julai lalu, Al Jazeera menyiarkan dokumentari berjudul ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ yang memaparkan Md Rayhan mengkritik kerajaan Malaysia.

Dia turut mendakwa wujud diskriminasi dalam mengurus situasi COVID-19 membabitkan warga asing.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.