Obesiti terus catat peningkatan

46

21 OGOS: Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019, mendapati 1 daripada 2 rakyat Malaysia menghadapi masalah obesiti atau berat badan berlebihan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, mendedahkan tinjauan NHMS 2019 mendapati prevalens rakyat Malaysia yang mengalami masalah berat badan dan obesiti terus menunjukkan trend peningkatan 47.7 peratus pada tahun 2015 kepada 50.1 peratus pada tahun 2019.

Ini bermakna, Dr Adham berkata secara keseluruhan, satu daripada dua rakyat Malaysia mempunyai berlebihan berat dan obesiti.

“Orang dewasa yang mempunyai obesiti abdomen juga menunjukkan peningkatan dari 48.6 peratus pada 2015 kepada 52.6 peratus pada 2019.

“Selain itu, 29.8 peratus anak-anak kita yang berumur antara 5 hingga 17 tahun adalah berat badan dan obes.

“Penyumbang utama berat badan dan obesiti ini merujuk kepada amalan cara hidup yang tidak sihat iaitu cara hidup sedentari dan tidak aktif secara fizikal serta pengambilan makanan yang tidak sihat dan tidak seimbang,” katanya berucap dalam Majlis Pelancaran V+IFitEr di pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Adham, berkata tinjauan NHMS menunjukkan majoriti orang dewasa Malaysia tidak mengambil jumlah buah-buahan dan sayur-sayuran yang disyorkan setiap lima hari setiap hari iaitu 94.9 peratus berbanding 94 petatus pada tahun 2015.

Bagaimanapun, beliau berkata KKM boleh berbangga dengan ketidakaktifan secara fizikal dalam kalangan orang dewasa iaitu dapatan kajian menunjukkan kekurangan 33.5 peratus pada tahun 2015 kepada 25.1 peratus pada tahun 2019.

Beliau berkata, mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tidak aktif secara fizikal antara salah satu faktor penyebab punca kematian seluruh dunia.

“Tidak aktif secara fizikal adalah faktor risiko utama penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes, hipertensi, penyakit kardiovaskular dan beberapa jenis kanser.

“Amalan aktiviti fizikal adalah signifikan dengan faedah kepada kesihatan dan menyumbang kepada pencegahan penyakit tidak berjangkit,” jelasnya.

Tambahnya, polisi yang memberi tumpuan kepada aktiviti fizikal telah ada dalam kalangan 56 Negara ahli WHO termasuk Malaysia.

“Negara ahli dalam WHO telah bersetuju untuk mengurangkan ketidakaktifan dalam aktiviti fizikal kepada 10 peratus menjelang 2025 termasuk Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Majlis Pelancaran Pengurusan Berat Badan secara maya iaitu V + IFitEr yang dijalankan pada hari ini adalah bertepatan sekali dengan hasrat WHO untuk masyarakat dunia aktif.

“Rakyat Malaysia khas boleh mengamalkan cara hidup aktif walaupun pergerakan kita terhad dalam usaha memerangi masalah pandemik Covid-19.

“Rakyat masih boleh memilih atau menggunakan berat badan yang normal menggunakan kompilasi melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tanpa perjumpaan secara fizikal bersama jurulatih,” katanya.

Sebagai permulaan, Dr Adham berkata seramai 1,000 orang dari seluruh negara telah mendaftar sebagai peserta V + IFitEr dalam masa hanya tiga jam pembukaan pendaftaran.

“Dianggarkan lebih dari 400,000 warganet akan dilakukan secara tidak langsung sepanjang tempoh intervensi berjalan.

 Perkongsian pintar sebegini perlu diteruskan di masa hadapan,” katanya

Get real time updates directly on you device, subscribe now.