Penyeludup tembak polis di Tanah Merah

132

20 OGOS: Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat, mengesahkan tiada anggota polis cedera dalam insiden tembakan membabitkan dua ahli kumpulan penyeludupan minyak berhampiran pangkalan haram Poksu Kamal, Tanah Merah, semalam.

Menurut beliau, kejadian itu dikatakan berlaku kira-kira jam 9 pagi ketika dua anggota polis dari Balai Polis Nibong melakukan rondaan sempadan di lokasi berkenaan sebelum melihat seorang lelaki sedang menyeberangi sungai.

Shafien berkata, sebelum itu, dua anggota polis dari Balai Polis Nibong melakukan rondaan sempadan di lokasi berkenaan sebelum melihat seorang lelaki sedang menyeberangi sungai.

“Sebaik anggota kami menghampiri, lelaki berkenaan terjun ke sungai bersama tujuh tong disyaki berisi minyak yang diikat bersamanya, bergerak menuju ke Thailand.

“Sebaik lelaki berkenaan sampai di tebing sungai sebelah Thailand, tiba-tiba keluar dua lelaki masing-masing membawa selaras senapang angin dan melepaskan tiga das tembakan ke arah anggota polis berkenaan. Bagaimanapun, dua das tembakan mengenai tebing sungai manakala satu das tembakan lagi tersasar,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau menambah, siasatan awal yang dijalankan mendapati, suspek dipercayai melepaskan tembakan menggunakan senapang angin kerana tiada bunyi letupan.

Katanya, suspek juga dipercayai penyeludup warga Thailand yang tidak berpuas hati terhadap anggota polis yang kerap melakukan rondaan di tebing sungai sempadan Malaysia-Thailand.

“Kedua-dua anggota polis berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.