MCA Sabah sokong lantikan Bung Moktar

76

20 OGOS: MCA Sabah berpegang teguh dalam memberi sokongan penuh terhadap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin bagi mengetuai gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi MCA Sabah, Lu Yen Tung berkata, pendirian parti itu adalah seiring dengan semangat BN yang sentiasa diberi penekanan oleh gabungan tersebut.

Menurut beliau, pihaknya menyatakan sokongan terhadap Bung Moktar bagi mempertahankan semangat BN kerana telah dilantik oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Pada masa sama, BN juga bertanding pada PRN ini, dan ini memberi autonomi kepada BN Sabah untuk membuat pilihan terbaik dan merangka strategi paling berkesan.

“Kita mesti mengatasi lawan politik kita secara satu lawan satu bagi meningkatkan peluang kita untuk mencapai kejayaan pada pilihan raya negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau mengulas pengumuman Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO kelmarin bahawa Bung Moktar akan mengetuai BN pada PRN Sabah.

Selain MCA dan UMNO, BN Sabah turut disertai Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRN Sabah diadakan pada 26 September dengan hari pencalonan 12 September dan pengundian awal pada 22 September.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.