Kemasukan penuntut UA di Kedah, Sarawak ditangguh

55

20 0G0S: Kemasukan pelajar universiti awam (UA) di Kedah dan Sarawak pada Oktober depan, ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira peningkatan kes COVID-19 di kedua-dua negeri terbabit.

Katanya, kemasukan pelajar UA di negeri lain pula adalah berdasarkan keputusan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) peringkat negeri masing-masing, berpandukan nasihat terkini Kementerian Kesihatan (KKM).

“Beberapa minggu lalu, saya dimaklumkan kes COVID-19 di Sarawak agak tinggi dan kita ambil keputusan untuk menunda tarikh kemasukan pelajar UA di negeri itu.

“Penundaan tarikh kemasukan pelajar di Kedah merangkumi ke Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok dan kampus cawangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) di negeri itu,” katanya.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu ditemui sempena Program Ziarah Kasih di Kampung Changkat Sulaiman di Slim, hari ini.

Program turut disertai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Mohd Zaidi Aziz.

Noraini turut berpuas hati dengan persediaan UA di seluruh negara yang akan menerima kemasukan pelajar sepenuhnya menjelang Oktober di kampus masing-masing.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.