3 cedera kereta api bergerak sendiri tanpa pemandu

66

20 OGOS: Tiga orang cedera ringan apabila kereta api yang mereka naiki tergelincir dari landasan dalam selepas berlepas dari sebuah stesen di utara Itali tanpa dikendalikan pemandu.

Memetik laporan AFP, kereta api itu dikatakan bergerak sendiri sejauh kira-kira tujuh kilometer selepas pemandu dan konduktornya turun untuk berehat.

Seorang penumpang berada di dalam kereta api ketika kejadian berlaku.

Pendakwa raya membuka siasatan terhadap insiden itu selepas pihak pengurusan kereta api wilayah Trenord menyatakan kereta api itu meninggalkan stesen Paderno tanpa kakitangan di dalamnya.

Imej yang dipaparkan televisyen menunjukkan satu gerabak condong dan yang lain pada sudut 45 darjah di luar landasan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.