Tun M sudah lupa kenyataan sendiri

233

19 OGOS: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin sudah lupa dengan kenyataannya bahawa penubuhan parti Melayu yang semakin banyak hanya akan memecahbelahkan lagi perpaduan dalam kaum itu di negara ini.

Sehubungan itu, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor meyifatkan penubuhan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) oleh Dr Mahathir hakikatnya bertentangan dengan kenyataan beliau sebelum ini.

Beliau memberitahu, asas kepada penyatuan orang-orang Melayu adalah perpaduan ummah tanpa mengira di atas nama Muafakat Nasional atau Perikatan Nasional di mana mereka yang mahu bersatu padu mesti diterima gabungan itu atas sebarang nama.

“Tak tahulah dia lupa ke dak, saya tak tahulah. Ini akan memecahkan kuasa politik orang Melayu menjadi lebih kecil dan lebih mudah ditewaskan. Rugilah orang Melayu.

“Perpaduan ummah nombor satu, then baru kita tengok apa kepentingan politik yang ada di dalam itu,” katanya ketika ditemui media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar, hari ini.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat menyatakan partinya sentiasa menyambut baik usaha menyatupadukan ummah.

“Sebarang langkah yang menggugat perpaduan ummah, kita akan bersedia menghadapinya,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.