Sasar RM10 juta kutipan Tabung Pahlawan

95

19 OGOS: Kerajaan menyasarkan kutipan sebanyak RM10 juta sempena Kempen Tabung Pahlawan 2020 bagi membantu veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Kanan Pertahanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pelbagai program dirangka bagi memastikan sasaran itu dapat dicapai.

“Ada tiga objektif kempen ini iaitu meningkatkan kesedaran rakyat mengenai pengorbanan veteran tentera, meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda dan ketiga adalah untuk mengutip sumbangan bagi membantu veteran tentera kita.

“Tahun lalu kita sasar RM8 juta. Tahun ini kita menyasarkan jumlah kutipan sebanyak RM10 juta dan sumbangan ini akan disalurkan untuk membantu veteran tentera serta keluarga mereka yang memerlukan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Kempen Tabung Pahlawan 2020 di Sri Pentas di sini, hari ini.

Majlis pelancaran hasil kolaborasi Media Prima Berhad dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) itu disempurnakan oleh Penaung Kempen Tabung Pahlawan yang juga isteri Perdana Menteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.