Presiden Mali letak jawatan selepas rampasan kuasa

79

19 OGOS: Presiden Mali, Ibrahim Boubacar Keita, mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa serta-merta, pagi ini, sehari selepas rampasan kuasa didalangi askar pemberontak.

Memetik laporan AFP, Keita, 75, ketika membuat pengumuman itu dalam siaran televisyen rasmi negara berkenaan berkata, kerajaan dan keseluruhan Kabinet Mali akan dibubarkan.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini, mengumumkan keputusan meletak jawatan dan berterima kasih kepada rakyat Mali di atas sokongan yang diberikan beberapa tahun ini serta kasih sayang mereka,” katanya.

Pengumuman tergempar itu dibuat selepas askar pemberontak bertindak menawan Keita dan Perdana Menteri Mali, Boubou Cisse, semalam

Insiden sedemikian dilihat tercetus selepas ketegangan politik di Mali, selain siri gerakan bantahan sehingga mengundang maut di Sahal, sejak beberapa bulan lalu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.