Pendaftaran parti Tun M dikemuka kepada ROS

81

19 OGOS: Parti Pejuang pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Mukriz mengemukakan permohonan pendaftaran kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) petang tadi.

Mukhriz berkata, beliau berharap ROS dapat meluluskan pendaftaran parti berkenaan secepat mungkin supaya pihaknya boleh terbabit secara langsung dalam proses demokrasi negara ini.

“Kami sudah menghantar permohonan secara dalam talian dan pada petang ini kami kemukakan salinan borang untuk diterima oleh pihak ROS untuk pertimbangan.

“Buat masa ini tiada lagi jawatankuasa yang dibentuk dan kita hanya serahkan nama tujuh pengasas Pejuang. Selepas ini sekiranya diluluskan, maka kita perlu mengadakan mesyuarat penubuhan serta melantik 21 orang bagi mengisi jawatankuasa terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan borang permohonan berkenaan kepada Ketua Pengarah ROS, Masyati Abang Ibrahim.

Pada 7 Ogos lalu, Dr Mahathir mengumumkan penubuhan parti baharu yang akan berasaskan kepada perjuangan Melayu.

Menersui Facebook beliau petang ini, Mukhriz turut memperkenalkan logo parti tersebut kepada umum.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.