Neelofa letak jawatan pengarah AirAsia

125

19 OGOS: AirAsia Bhd hari ini mengumumkan selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor meletak jawatan sebagai pengarah bebas bukan eksekutifnya.

AirAsia dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata syarikat itu menerima notis peletakan jawatan bertarikh 17 Ogos, 2020, daripada Neelofa hari ini.

Menurut syarikat itu Neelofa, 31, menyatakan “komitmen peribadi lain” sebagai alasan bagi peletakan jawatan beliau.

Neelofa yang mencipta nama dalam bidang lakonan dan pengacaraan dilantik menganggotai lembaga pengarah AirAsia pada 8 Disember 2017.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.