Mesir, Hamas bincang situasi terkini di Gaza

27

18 OGOS: Delegasi keselamatan Mesir tiba di Gaza petang semalam untuk membincangkan perkembangan terkini di wilayah tersebut.

Memetik laporan Palestinian Information Center, mereka memasuki Gaza dari lintasan Beit Hanoun (Erez).

Delegasi tersebut akan bertemu dengan wakil-wakil Hamas serta kumpulan-kumpulan Palestin yang lain.

Kunjungan itu dilakukan selepas ketegangan yang berlaku minggu lalu ekoran serangan udara Israel terhadap pelbagai lokasi di Gaza.

Tentera rejim Zionis Israel mendakwa serangan itu adalah tindak balas terhadap belon-belon berapi yang dlancarkan dari Gaza ke kawasan-kawasan penempatan haram Yahudi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.