Tubuh JK khas mantap program literasi politik belia

112

17 OGOS: Kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantapkan penyelarasan program-program yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi meningkatkan literasi politik dalam kalangan belia.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, langkah ini merupakan perkara yang penting dalam menentukan kematangan belia dalam politik supaya mereka dapat menilai dan mengurus isu-isu nasional secara lebih terdidik.

Menurut beliau, bagi usaha pembangunan kepemimpinan belia, pihaknya telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan program Sekolah Kepemimpinan Masa Depan Malaysia (MFLS) bagi melatih golongan belia menjadi pemimpin berkualiti pada masa akan datang.

“Kementerian wujudkan jawatankuasa khas bersama agensi lain seperti dengan Kementerian Pendidikan Pengajian Tinggi, Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Akademi Pilihan Raya dalam menyelaraskan program literasi politik di kalangan anak muda.

“Kementerian telah melakasanakan program untuk tujuan yang sama serta pendedaahan sosialisasis politik dalam kalangan belia dengan sasaran pelajar sekolah berusia 15 hingga 17 tahun, prauniversiti dan IPTA berusia 18 tahun ke atas dan juga pelajar tajaan luar negara, belia massa di samping penjawat awam muda berusia di bawah 30 tahun.

“Banyak program kami anjurkan termasuk webinar, forum, dialong dan perkongsian infografik atas talian. KBS juga ketika waktu COVID-19 telah melaksanakan PKP debat rakan muda membincangkan isu kenegaran, parlimen belia Malaysia turut dilaksanakan perbincangan sehingga peringkat jawatankuasa yang disiarkan di Facebook serta program Rakan Muda berbentuk kuiz soal tadbir urus negara,” katanya dalam sesi soal jawab Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Bebas Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung rancangan kerajaan bagi memberi pemahaman dan pengetahuan perihal demokrasi dan kenegaraan kepada belia yang bakal menjadi pengundi terutamanaya pengundi yang akan mencecah umur 18 tahun. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.