Rina kekal Ketua Srikandi BERSATU

140

23 OGOS: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun kekal sebagai Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) apabila menang tanpa bertanding pemilihan sayap parti itu bagi penggal 2019 hingga 2022, malam tadi.

Jawatan Naib Ketua Srikandi pula dimenangi oleh Datuk Mas Ermieyati Samsudin, manakala Datin Ida Harlina Ikhwan Nasir dipilih sebagai Pengerusi Tetap Srikandi.

Keputusan pemilihan sayap Srikandi itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan BERSATU, Tan Sri Syed Hamid Albar menerusi satu kenyataan media dikeluarkan lewat malam tadi.

Terdahulu, Syed Hamid mengesahkan seramai 11,609 perwakilan telah menunaikan tanggungjawab di bahagian masing-masing bagi memilih pemimpin sayap Srikandi BERSATU yang julung kali diadakan di seluruh negara.

Bagaimanapun, Syed Hamid berkata tiga daripada 168 bahagian Srikandi gagal bersidang kerana tidak cukup korum. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.