Malaysia konsisten tentang pelan haram Israel

30

16 OGOS: Malaysia tetap konsisten menentang pelan haram dan unilateral oleh rejim Israel untuk melaksanakan rancangan pengilhakan sebahagian wilayah Palestin yang diduduki di Tebing Barat.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, Malaysia yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, turut
mengulangi pendirian yang dipegang sejak sekian lama bahawa pembentukan negara berdaulat Palestin yang bebas melalui penyelesaian dua negara, berdasarkan sempadan sebelum 1967.

“Malaysia juga kekal dengan pendirian bahawa Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kota Palestin adalah satu-satunya penyelesaian terhadap konflik Palestin-Israel.

“Justeru, Malaysia akan terus menyokong segala usaha demi mencapai penyelesaian yang adil dan berkekalan, khususnya menerusi rundingan membabitkan pihak berkenaan, berpandukan undang-undang antarabangsa serta resolusi-resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang relevan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Hishammuddin berkata demikian ketika mengulas mengenai perjanjian damai di antara Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Israel yang diusahakan oleh Amerika Syarikat pada 13 Ogos, beliau berkata Malaysia melihat pemulihan hubungan di antara UEA dan Israel sebagai hak kedaulatan UAE.

Pemulihan hubungan UAE-Israel termasuk menggantung pelan peluasan kawasan Isreal di Tebing Barat.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.