235 individu ditahan ingkar PKP

34

16 OGOS: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 235 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan PKP), semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu, seramai 15 individu telah direman manakala 220
individu pula dikenakan kompaun.

Menurut beliau, antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk dipercayai menjalankan kegiatan pelacuran (15), gagal menyediakan peralatan/catitan keluar masuk (26) dan premis beroperasi lebih masa (12).

Selain itu, Ismail Sabri berkata  seramai 16 individu pula ditahan keran, tidak memakai pelitup muka), gagal melunaskan bayaran kuarantin (1) serta aktiviti dengan membabitkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial (165).

“Pasukan Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM telah membuat 64,987 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Sebanyak 4,824 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 17,047 anggota telah membuat pemantauan di 4,142 pasar raya, 5,818 restoran serta 1,640 penjaja, 1,622 kilang, 3,849 bank dan 916 pejabat kerajaan.

“Pasukan berkenaan turut memantau 1,587 terminal pengangkutan darat, 378 terminal pengangkutan air serta 99 terminal pengangkutan
udara,” katanya dalam kenyatan media, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri mengesahkan  seramai 11,384 individu yang pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemua telah ditempatkan di 57 Hotel dan 5 Institut Latihan Awam (ILA) di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan,
Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Perlis, Kedah, dan Labuan, sejak 24 Julai sehingga 15 Ogos lalu.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata daripadajumlah itu, seramai 43 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan dan 4,295
individu telah didiscaj dan dibenarkan pulang.

“Mereka telah pulang dari 11 negara iaitu Bangladesh, Singapura, Iran, UAE, Qatar, Australia, Filipina, Turki, Korea Selatan, Jepun
dan Indonesia.

“Semalam (15 Ogos 2020), PDRM telah mengadakan 405 pemeriksaan terhadap individu yang sedang menjalankan kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing (home quarantine) dan kesemua individu yang dikuarantin telah mematuhi SOP yang ditetapkan.

“PDRM bersama petugas Kementerian Kesihatan akan  sentiasa membuat pemeriksaan dan pemantauan terhadap individu-individu terbabit bagi memastikan SOP dipatuhi,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.