Perdagangan meningkat semula

53

15 OGOS: Penarikan sekatan pergerakan secara beransur-ansur telah menyaksikan jumlah dagangan negara meningkat pada Jun 2020 kepada RM144.84 bilion, naik 2.2 peratus berbanding Jun 2019

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri  Datuk Lim Ban Hong berkata, kementerian terus aktif mempromosikan penggunaan platform digital, pameran dan padanan perniagaan yang kini semakin relevan di bawah persekitaran normal baharu akibat COVID-19.

“Kerajaan telah melonggarkan peraturan kemasukan ekspatriat. Golongan profesional asing dan kakitangan pengurusan utama yang memegang Pas Pekerjaan Kategori Satu dibenarkan memasuki negara tetapi dengan pematuhan ketat Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Jabatan Imigresen dan Kementerian Kesihatan,” kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan Dewan Perdagangan Malaysia-China (MCCC) hari ini.

Ban Hong berkata demikian semasa menjadi tuan rumah kepada delegasi MCCC yang diketuai presidennya, Datuk Tan Yew Sing.

Mengenai kelonggaran peraturan perjalanan, beliau memberi contoh Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) yang baru-baru ini dipersetujui antara Malaysia dan Singapura akan membolehkan perjalanan rentas sempadan bagi urusan dan perniagaan penting.

Ban Hong menambah kerajaan juga sedang meninjau kemungkinan memperkenalkan gelembung perjalanan hijau dengan China dan negara-negara lain, tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa kesihatan kedua-dua buah negara.

Satu lagi cadangan yang sedang dikaji oleh kerajaan ialah kemungkinan membenarkan ekspatriat China dari wilayah atau bandar di China yang telah diluluskan menurut  SOP ketat pihak berkuasa kesihatan kedua-dua negara.

Ini ialah pada hakikatnya secara geografi, China ialah sebuah negara yang besar, kata beliau sambil menambah, kerajaan akan meneliti semua aspek dan meninjau kemungkinan membenarkan perjalanan wilayah-ke-negara yang akan meningkatkan lagi perdagangan dua hala antara kedua-dua negara dalam normal baharu ini.

“Walaupun pandemik COVID-19 dan perang perdagangan antara AS dan China telah menimbulkan ketidakpastian untuk ekonomi global, terdapat juga peluang perniagaan yang muncul daripada perubahan ini.

“Contohnya, konflik perdagangan ini telah mempercepatkan penyusunan dan penempatan semula rantaian bekalan, yang mana industri tempatan perlu mengatur semula strategi untuk disesuaikan dengan dengan trend baharu di bawah persekitaran normal baharu,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.